Sunday, April 10, 2011

Di antara Qarun dengan Quran - pilih lah

Dalam proses melakukan sesuatu perubahan ianya memakan masa dan terpaksa melalui berbagai-bagai dugaan dan keperitan, dan itu adalah satu fenomena biasa. Jika perubahan yang hendak di lakukan itu adalah perubahan untuk kebaikan, proses situ akan melalui kepayahan yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak berganjak walaupun mendapat himpitan dan tekanan yang besar.

Kata seorang yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu berduri-duri dan beronak, tetapi jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat’. Itu adalah hakikat dan tidak mampu dihalang oleh manusia seperti kita ini yang lemah serba-serbinya. Memang pun Tuhan telah mewujudkan elemen yang berlawanan itu bagi membezakan manusia yang mengikut yang haq dan yang bathil.

Memang Tuhan telah menjadikan umat manusia untuk berjuang dan selalu mentauhidkanNya. Jika tidak ada iblis masakan kita dapat mengasingkan yang mana yang haq dan yang mana yang bathil. Maka kita setiap masa dan saat sentiasa akan di asak oleh kedua-dua elemen ini dalam kehidupan kita. ‘Wahai Muhammad, telah ku jadikan manusia dan jin untuk berzikir kepada ku’, itu lah salah satu dari firmanNya.

Peringatan ini bukan sahaja datang dari Tuhan tetapi juga dinyatakan dengan jelas di dalam adat dan adab kehidupan seharian kita. Kalau dulu-dulu orang tua-tua, lebih-lebih lagi ibu dan bapa kita akan selalu mengingatkan anak-anak mereka yang akan merantau dengan berkata, “kau pergilah mencari kemajuan, tetapi biarlah kemajuan dunia dan akhirat. Selalu ingat kepada Tuhan, jangan lupa solat dan jangan lupa dosa dan pahala.”

Itulah peringatan ibu saya sebelum saya pergi kemana-mana. DAN saya percaya ibu-bapa saudara/i pun akan berkata perkara yang sama. Hanya di zaman sekarang jarang-jarang kita mendengar ibu bapa mengingatkan anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh ibu bapa dulu-dulu. Di zaman sekarang ibu bapa akan berpesan kepada anak yang akan berangkat ke luar negara dengan berkata, “my son, please try your best to earn a first class degree and make sure you come back with scroll that make us proud.”

Tetapi jarang orang berfikir yang pemergian anak-anak keluar negara itu memanglah untuk belajar. Hanya yang perlu di pesan ialah untuk mengingati Tuhan dan sentiasa melakukan yang baik dan menyiahkan yang mungkar. Jika anak-anak itu sentiasa berada di dalam keredhoan Tuhan maka hajat untuk mendapatkan ‘first class’ degree itu akan dikabulkanNya dan sentiasa di dalam keredhoanNya.

Berbalik kepada ujian dan dugaan untuk berubah ini Tuhan telah pun memberikan kita penyaksian yang jelas malalui banyak yang telah berlaku kepada pejuang kebaikan. Nabi-nabi dan Rasul yang maksum itu sendiri tidak terlepas dari cercaan dan penghinaan dari masyarakat yang bathil.

Muhammad di turunkan untuk menyempurnakan agama kita dengan syariat serta hukum hakam yang jelas. Muhammad adalah pembawa syariat dan syariat itu adalah semata-mata untuk menjadikan penganutNya untuk hidup di dalam ‘civility’. Syariat itu adalah untuk melatih kita hidup berundang-undang dan bertamaddun.

Manusia sentiasa diduga setiap saat dengan elemen kebathilan dan memang telah diwajibkan kepada kita sebelum kita lahir untuk berjuang menegakan kebasaranNya dan melawan segala kebathilan yang di ilhamkan oleh syaitan dan iblis. Tuhan juga berfirman bahawa ‘syaitan dan iblis itu adalah musuh yang nyata’.

Di akhir zaman ini banyak dalil-dalil telah kita lihat. Nyata yang kita sekarang sedang hidup di dalam akhir zaman dan dalil-dalil yang nyata berada di hadapan kita sentiasa. Lagi dunia ini sampai kepenghujungnya lagi banyak dalil-dalil ini timbul dan menyatakan keadaan ini dengan terang-terangan.

Di antara dalil-dalilnya ialah manusia mempunyai persepsi yang terbalik. Manusia mengambil yang salah itu sebagai benar dan yang benar itu nampak seperti salah. Yang bathil berkuasa dan di hormati tetapi yang benar akan sentiasa dihimpit dan di tekan dan ada yang dinesta serta dicerca.

Nuh alaihissalam di nesta dan di caci oleh semua manusia di zamannnya. Semua manusia membina persepsi buruk kepada masyarakat yang Nuh adalah orang gila dan tidak boleh dipercayai. Nuh dikatakan gila bila Nuh membina kapal yang besar di tengah padang pasir yang berbukit bukau. Setiap orang termasuk anak dan isterinya telah mencerca Nuh. Noh tetap bersabar dan melakukan apa yang difikirkan baik untuk masa depan manusia yang beriman dan bertaqwa.

Akhirnya dengan kehendak Tuhan berlakulah bah besar yang tidak dapat dikawal dengan kepandaian manusia dan Nuh berasama-sama pengikutnya sahajalah yang terselamat. Selama 800 tahun dari seribu tahu umurnya digunakan untuk membawa manusia zamannya untuk mentauhidkan Tuhan tetapi Nuh hanya mempuntai 81 orang pengikutnya. Setengah ulama menyatakan Nuh mempunyai 83 orang pengikut yang bertaqwa.

Musa alaihissalam juga bersusah payah untuk membina masyarakat yang diredhoi Tuhan. Pengikutnya kecil kerana masyarakat semasa itu lebih percaya kepada Firaun. Firaun yang mengaku dirinya sebagai penguasa yang hebat di dunia ini.

Apa tidaknya; firaun mempunyai kroni yang besar dan kaya raya dan di antaranya ialah Qarun yang telah mengumpulkan harta yang tidak terhingga banyaknya dan harta yang menggunung ini lah yang membuatkan masyarakat menghormati Firaun dan kroni-kroninya. Masyarakat sudah tidak percaya bahawa rezki itu datang dari Tuhan bukannya dari manusia firaun dan Qarun tadi.

Dalam pada itu Musa terkial-kial untuk menyatakan yang benar dan Musa tidak habis-habis mendapat kutukan masyarakat yang dikuasai oleh firaun dan Qarun itu. Sesiapa yang menyebelahi Musa di anggap bodoh dan tidak tahu meletakan diri mereka di tempat yang sesuai. Ramai di antara pengikut Musa di bunuh dan dan hapuskan oleh kuasa Firaun itu.

Sejarah Qarun ini sudah kembali dan kita boleh sama-sama memerhati dan melihatnya dari jauh dan dekat. Kita mesti akui yang apa yang berlaku dahulu itu, ialah untuk kita belajar darinya. DAN apa kah pelajaran yang kita dapati dari cerita firaun dan Qarun ini?

Tidak payah kita ulas kerana manusia yang berfikir dan sanggup bertefakur barang seminit setiap hari akan mendapat jawapan yang benar. ‘Berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’ kata agama kita.

Hanya yang mungkin boleh kita sebut untuk dijadikan pelajaran ialah, yang mendabik dada kerana kuasa dan menghina mereka yang cuba membetulkan yang tidak baik itu akhirnya kecundang seperti apa yang di alami olih Firaun dan gerombolannya di Lautan Merah itu.Kedua-dua contoh ini menunjukan tidak semestinya yang majoriti itu benar dan tidak semestinya yang minoriti itu tidak benar dan salah.

Jika kita berlumba seratus meter yang penting ialah siapa yang berjaya di akhir perlumbaan itu. Begitu jugalah di dalam kehidupan segala amalan dan ibadah fardhu ain dan kifayah itu adalah semata-mata untuk kita menentukan nasib kita sesaat di hujung kalam kita. Didalam kehidupan kita yang paling penting kita di hargai masyarakat semasa penghujung kehidupan kita.

‘Musa smiled last but the sweetest and he laughed last and the biggest.’ Tetapi di antara kita tentu kita boleh meletakan diri kita samada di pihak Firaun dan Qarun atau di pihak Musa alaihissalam.

Saya mengingatkan diri saya serta mereka yang mahu menerima pandangan ini bahawa yang rakus melakukan rasuah itu akhirnya akan kecundang juga. Qarun telah tertewas dan segala hartanya yang tidak habis-habis itu akhirnya hilang tanpa dapat di kesan. 


No comments:

Post a Comment