Monday, April 11, 2011

Sifat-sifat Syaitan yang Diikuti Manusia.

:) :)

SIFAT-SIFAT SYAITAN YANG DIIKUTI MANUSIA.



Bismillah...

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....





“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)





“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)





Antara sifat syaitan yang digariskan Quran adalah :



1.Sombong dan angkuh.



Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh.Ramai manusia bersifat seperti syaitan.”Kamu sekolah tak tinggi apa kamu tahu?”.

“Aku lulusan ekonomi sudah tentu aku bijak!”.”Buruk betul kereta itu....”

“Apa keja penyapu sampah,tak standart langsung....”

itulah antara ayat-ayat manusia sombong dan angkuh.Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah.Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sbgmana sabda Baginda saw “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar atom”.

Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna contohnya menjadi pengarah,pegawai besar,orang kaya,memandu kereta mewah,berupa cantik,hidung mancung dan sebagainya.Manusia yang dikurniakan pelbagai  kelebihan dan berbangga dgn nikmat yang dimiliki.

Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.



2.Menyuruh kejahatan.



Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia hingga kiamat.Ia tahu bahawa dirinya bakal menjadi ahli Neraka dan mahu menjemput lebih ramai manusia ke Neraka bersamanya.

Manusia yang menyuruh kejahatan adalah manusia yang mencontohi sifat syaitan.

“Apa la kau dengar  je,,marilah sama-sama mengumpat”.

“Masuklah insurans ini,tinggi dividennya...apa nak kira halal ke haram”.

“Tak payah solat...ini hari pengantin,nanti qadak je..”

“Dah berkurun nenek moyang kita ajar tangkal,ikut sahajalah”

“Saya bagi komisen kalu projek tu Pengarah beri syarikat saya”.

“Marilah dengar ceramah kebaikan Syiah..ia ajaran baik”.

“Kau nak beli nombor ekor tak?aku nak pi beli ni..kirim je kat aku”

“Tak patah tutup aurat..pakai je gaun seksi tue..ini hari pengantin..kahwin sekali je..”

Itulah antara ucapan dan kata-kata manusia menyeru kejahatan dan ianya adalah sifat syaitan durjana.Jika melihat manusia suka menyuruh maksiat dan kejahatan,ia membuktikan mereka mengikut telunjuk syaitan.



3.Tidak bersyukur.



Syaitan diberikan nikmat menjadi ahli syurga ketika belum dicipta Adam a.s namun ia kufur dan tidak bersyukur .Akhirnya syaitan dicampak ke dunia.Syaitan berjanji menghasut manusia agar tidak bersyukur sepertinya.

Kita lihat ramai manusia tidak bersyukur walaupun diberikan lima pancaindera.Allah wajibkan solat,solat ditinggalkan.Allah berikan rezeki sejak kecil,namun tidak bersyukur.Allah jadikan dunia sebagai indah namun ramai menulis dalam Facebook “Bosannya hari ini...”



Itulah manusia tidak bersyukur.



Ramai manusia tidak bersyukur hari ini.Dapat gaji RM1000 mahu gaji RM5000,memandu kereta Wira mahukan Mercedes,tinggal rumah flet,mahukan banglo,dikurniakan seorang anak,mahukan 10 anak.Sebagai manusia beriman perlu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha gigih,bukannya mengeluh dan tidak bersyukur.

Ramai manusia bertanya “Mengapa jadikan aku miskin?”Mengapa jadikan aku hodoh?Mengapa jadikan aku buta?mengapa dan mengapa...sedangkan Allah memberi kelemahan dan kelebihan pada setiap manusia...

Ramai manusia buta namun mampu menghafal 30 juzuk Quran dengan sempurna.Ramai manusia celik tetapi tidak mampu menghafal Quran.Itulah kelebihan dan kekurangan.



Bekas pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga Mufti Arab Saudi  Almarhum syeikh Abdul Aziz bin Baz  rahimullah adalah manusia buta.Beliau menghafal Quran dan mampu menjadi pensyarah yang baik.

Diceritakan bahawa beliau berjalan tanpa tongkat  dan tahu pelajar yang tidak berdiri pabila disuruh berdiri..amat hebat manusia buta ini...



Ketika saya belajar di Universiti,beliau telah menjawat jawatan Mufti....pensyarah sering menceritakan kisah-kisah ajaib tentang beliau.



Bersyukurlah kerana syukur itu Mahmudah dan tidak bersyukur itu sifat syaitan.

Manusia beriman itu perlu mengkaji ayat-ayat Quran agar tahu segala sifat syaitan dan menjauhi sifat-sifat tersebut.Syaitan adalah musuh Allah dan sesiapa yang mengikut sifat syaitan maka jadilah mereka syaitan dalam golongan manusia.



“Ya Allah..jauhkan kami dari sifat-sifat syaitan.Kurniakan kami kekuatan dalam menghadapi segala tipu daya dan cobaan syaitan durjana..Ya Zal Jalal wal Ikram....Engkaulah Maha Berkuasa dan Maha Pengasih...amin..”



Yang Maha Sempurna hanyalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun dan diri sendiri adalah manusia naif lagi banyak kekurangan.....



Saat Sulaiman.

http://www.saatcham.com

No comments:

Post a Comment